suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka Dilapor Diserang Di KLIA

PETALING JAYA: Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka ke Malaysia, I. Ansar dilaporkan diserang oleh kumpulan kecil di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad.

Kementerian Luar negara itu, dalam satu kenyataan di laman webnya, mengutuk serangan ke atas Pesuruhjaya Tinggi.

"Suruhanjaya Tinggi Sri Lanka di Kuala Lumpur bekerjasama dengan pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang tempatan di Malaysia dan pihak berkuasa tempatan berkaitan yang lain bagi mengenal pasti pelaku dan membantu siasatan," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, portal berita Sri Lanka, Hiru News melaporkan bahawa Pesuruhjaya Tinggi tersebut diserang di lapangan terbang selepas menghantar Menteri Perusahaan Utama negara itu, Daya Gamage, yang berada di Malaysia sempena Persidangan Antarabangsa Parti Politik Asia (ICAPP).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan insiden tersebut kepada media dan memberitahu bahawa polis sedang menjejaki suspek.

Bekas Presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa turut berada di Malaysia bagi menghadiri persidangan tersebut.

KLIA, Sri Lanka, I. Ansar

Artikel Lain