suria

PM Hadiah Tiga Projek RM20.2 Juta Kepada Penduduk Cameron Highlands

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertemu masyarakat Orang Asli ketika mengadakan lawatan ke Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Sabtu. Projek penempatan semula perkampungan Orang Asli Sungai Ruil dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya di tapak penempatan sedia ada selepas tragedi tanah runtuh yang melanda pada 7 Ogos 2011. Sebanyak 152 unit rumah, surau, dewan serba guna, tadika, rumah komuniti, dibina den kos keseluruhan sebanyak RM45 juta melibatkan kawasan seluas 65 ekar. - fotoBERNAMA
CAMERON HIGHLANDS: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu memberi tiga hadiah istimewa bernilai RM20.2 juta kepada penduduk Cameron Highlands bersempena lawatan pertamanya ke kawasan tanah tinggi itu dalam tempoh 31 tahun.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, meluluskan pembinaan jalan baharu dari Pos Betau ke Pos Lenjang dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai sepanjang 30 kilometer membabitkan peruntukan RM15 juta.

Selain itu, beliau turut meluluskan peruntukan RM5 juta bagi tujuan menaik taraf gerai pasar di Tanah Rata selain RM200,000 untuk membaik pulih masjid di Tanjung Gahai.

"Saya luluskanlah permintaan ini sebab lama tak datang...ini kira saya bayar hutang saya," katanya semasa berucap merasmikan persidangan Perwakilan Umno Bahagian Cameron Highlands di sini hari ini.

Najib berkata ketiga-tiga projek tersebut bakal dilaksanakan tahun depan.





Artikel Lain