Lelaki 18 Tahun Nikah Ibu Tunggal Lima Anak - Semasa | mStar

Lelaki 18 Tahun Nikah Ibu Tunggal Lima Anak

PETALING JAYA: Bukan semua lelaki mahu berkahwin dengan wanita yang umurnya dua kali ganda melebihi usianya dan paling penting, mendapat restu keluarga.

Tetapi inilah yang berlaku di pekan Kuala Penyu di Sabah, apabila Mohd Sufie Alin yang berusia 18 tahun berkahwin dengan ibu tunggal yang mempunyai lima orang anak, Dayang Sopiah Gusti, 42.

Gambar Mohd Sufie menyarungkan cincin emas di jari Dayang Sopiah semasa majlis akad nikah mereka telah tersebar di laman Facebook pada Jumaat, menerima pelbagai reaksi daripada netizen.


Bagaimanapun, sekurang-kurangnya pengantin lelaki ini lebih yakin dengan adanya restu keluarga terhadap hubungannya yang luar biasa ini.

"Mereka cukup matang untuk membuat keputusan mereka sendiri, termasuk berkahwin," kata bapanya Alin@Matalin Utam, 52, kepada Harian Metro.

Menurut bapanya, kedua-dua mereka berkahwin dalam satu majlis kecil di sebuah masjid di daerah Beaufort pada Selasa, dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak.

"Apa yang penting Sufie tidak ganggu isteri orang dan mereka ingin meneruskan hubungan mereka mengikut cara Islam.

"Oleh itu, saya tidak mempunyai masalah dan menerima Sopiah menjadi pasangan kepada Sufie, yang telah ditakdirkan oleh Allah," katanya.

Walaupun terkejut mendengar tentang pilihan anaknya beberapa hari sebelum perkahwinan, Alin berkata usia bukanlah satu penghalang.

"Saya sempat menasihati Sufie supaya menjadi suami yang bertanggungjawab kerana dia bukan sahaja perlu menjaga isteri tetapi juga lima anak tirinya," katanya.
wanita berusia , lelaki muda , Beaufort

Artikel Sebelum

Lintas Langsung Perhimpunan #TangkapMO1

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Model buta sebelah kerana tatu mata

Tommy Thomas letak jawatan Peguam Negara