suria

Suspek Kes Bunuh Tiga Sekeluarga Direman Tujuh Hari

Rumah di mana Hassan A.Wahab, 70, isterinya Mariah Baharin, 60, dan anak lelaki mereka Muhammad Taufeq, 22 ditemui mati dipercayai dibunuh manakala dua lagi anak mereka Noor Hazlinda Diyana, 26, dan Nuraqedah Aeina, 24, cedera.
MELAKA: Seorang lelaki direman tujuh hari bermula pada Jumaat bagi membantu siasatan kes pembunuhan tiga sekeluarga di sebuah rumah di Kampung Bertam Malim di sini, awal pagi Khamis.

Ketua Polis Melaka Datuk Ramli Din berkata siasatan terhadap suspek berumur 26 tahun itu dijalankan dalam pelbagai aspek terutamanya berkaitan punca dan  motif kejadian berkenaan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka Mohd Anuar Ostadi.

Sementara itu, Ramli berkata dua lagi mangsa yang cedera dalam kejadian itu masih dirawat di unit rawatan rapi Hospital Melaka dan kini dalam keadaan stabil manakala seorang lagi wanita berusia 70-an yang terlibat kini dalam keadaan trauma.

Dalam kejadian pada awal pagi semalam, Hassan A.Wahab, 70, isterinya Mariah Baharin, 60, dan anak lelaki mereka Muhammad Taufeq, 22 ditemui mati dipercayai dibunuh manakala dua lagi anak mereka Noor Hazlinda Diyana, 26, dan Nuraqedah Aeina, 24, cedera.

Seorang lagi mangsa iaitu ibu kepada Mariah, Siti Khatijah Muhammad berusia 70-an turut dirawat di Hospital Melaka.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain