Tohmah PDRM, Penceramah Bebas Didenda RM7,000 - Semasa | mStar

Tohmah PDRM, Penceramah Bebas Didenda RM7,000

BALIK PULAU: Akibat melemparkan tohmahan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM), seorang penceramah bebas hari ini didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan itu pada Februari lepas.

Majistret Nur Azzuin Abdul Moati memerintahkan Nahar Afandi Ghazali, 45, yang dihadapkan ke mahkamah hari ini, menjalani hukuman penjara 30 hari jika gagal membayar denda itu.

Bapa kepada 10 anak itu menghadapi pertuduhan mentohmah Polis Diraja Malaysia ketika berceramah di Masjid Jamek Sungai Tiram, Barat Daya di sini ketika antara 6.40 pagi hingga 7.40 pagi, 20 Februari 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Ketua Unit Pendakwaan negeri Datuk Razali Che Ani memohon mahkamah mengenakan hukuman bersifat pengajaran kepada tertuduh demi kepentingan awam.

Beliau berkata ceramah yang mengandungi tohmahan terhadap PDRM itu pula telah dimuat naik ke dalam laman sosial yang boleh ditonton orang ramai.

Peguam Norliza Mohd Ali yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mengenakan hukuman denda pada jumlah kecil kerana tertuduh telah mengakui kesilapan dan berjanji tidak akan mengulanginya.

Tertuduh membayar denda itu.-- Bernama


PDRM , Masjid Jamek Sungai Tiram

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain