suria

Lelaki Diperdaya 'Tukang Urut Khas' Wanita

LABUAN: Seorang lelaki kerugian RM450 selepas ditipu oleh seorang wanita yang dikenalinya melalui laman WeChat yang menawarkan "khidmat urut khas". 

Mangsa berusia dalam 40-an itu diperdayakan tidak kurang 24 jam selepas mengenali wanita berusia 23 tahun itu yang mendakwa sebagai "ahli terapi".

Ketua Polis Labuan Supt. Adzhar Otman berkata lelaki itu memulakan perbualan WeChat dengan wanita yang mengenali dirinya sebagai Aizel pada 23 Ogos dan menawarkan khidmat urut kepada mangsa.

"Wanita itu menetapkan temu janji pada hari berikutnya (24 Ogos) kira-kira10.30 malam di sebuah hotel di pusat bandar.

Transaksi pembayaran dijalankan dilobi hotel itu.

"Bagaimanapun, sebaik sahaja membuat pembayaran, kedua-dua mereka didatangi oleh kakitangan keselamatan hotel, menyebabkan wanita itu melarikan diri tetapi kemudian ditahan," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Adzhar berkata berdasarkan siasatan awal, wanita tersebut giat menjalankan kegiatan itu sejak Julai tahun ini. -Bernama

Tukang Urut, Tipu

Artikel Lain