suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Keperluan Tukar Ketua Pembangkang - Amanah

KUALA LUMPUR: Tiada keperluan untuk melantik Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ketua pembangkang baharu buat masa ini, kata Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad.

Beliau berkata, pihaknya berpuas hati dengan pencapaian dan prestasi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam usaha pakatan itu menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Saya merasakan ramai yang berpotensi untuk memimpin hubungan baharu ini dan (Muhyiddin) boleh dipertimbangkan sebagai ketua pembangkang.

"Tapi, setakat ini kita tak nampak adanya keperluan untuk menukarkan ketua pembangkang.

"Tetapi sekiranya (Muhyiddin) dicalonkan dan diterima, kita tiada apa-apa alasan untuk menolaknya," katanya pada sidang media Amanah di Wisma Amanah, di sini, pada Selasa.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, penerimaan Muhyiddin disebabkan bekas timbalan perdana menteri itu telah keluar daripada Umno dan membentuk parti politik baharu yang menyokong pakatan pembangkang.

Mengenai Bersatu, Khalid berkata, Amanah menyokong pembentukan parti baharu pimpinan Muhyiddin walaupun keahlian parti berkenaan berasaskan kaum Melayu dan bumiputera sahaja.

"Amanah memandang positif penubuhan Bersatu sebagai parti tidak bersifat rasis, mampu membawa pemikiran Melayu dan bumiputera keluar dari politik perkauman.

"Harapan Amanah supaya corak politik perkauman dapat dijauhi dapat dibawa oleh pemimpin parti berkenaan," katanya.


Amanah, Bersatu, Umno, PKR

Artikel Lain