Proton Persona Baharu Dilancar, Harga Serendah RM46,800 Seunit - Semasa | mStar

Proton Persona Baharu Dilancar, Harga Serendah RM46,800 Seunit

PROTON Holding Berhad melancarkan Proton Persona serba baharu yang ditawarkan pada harga RM46,800 hingga RM59,000 seunit.

Persona generasi kedua untuk pasaran kategori kenderaan mampu milik dilancarkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed itu diadakan pada Selasa di Pusat Konvensyen Setia City, (SCCC) Shah Alam.

Dikeluarkan dengan tiga varian iaitu standard, eksekutif dan premium, Persona Serba Baharu ini dikuasakan dengan enjin 1.6 liter Variable Valve Timing  (VVT) untuk penjimatan bahan api yang lebih baik.

Ia merupakan kereta Proton pertama yang disokong indikator penanda pemanduan ECO yang menyala apabila pemanduan mencapai 100km.

Bagi varian Standard pula, ia didatangkan dengan dua pilihan transmisi iaitu 1.6 MT dan 1.6 CVT manakala varian Executive  1.6 CVT  dan varian Premium pula  1.6 CVT serta  1.6 CVT Premium (bodykit).

Sebanyak enam warna ditawarkan iaitu 'cotton white', 'fire red', 'sterling silver', 'graphite grey', 'quartz black' dan warna baharu 'carnelian brown'.

Ruang bagasi di bahagian belakang Persona Serba Baharu ini mempunyai keluasan 510 liter tanpa menjejaskan keselesaan ruangan kabin penumpang.

Selain itu, Persona Serba Baharu ini mendapat penarafan 5 bintang Asean NCAP kerana mempunyai ciri-ciri keselamatan menyeluruh seperti kawalam kestabilan elektronik (ESC) dengan sistem kawalan tarikan dan sistem brek anti-kunci (ABS).

Proton , SACC

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain