suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Menyamar Polis, Miliki Pistol Palsu Ditahan

Gambar hiasan.

IPOH: Polis menahan seorang lelaki berumur 24 tahun kerana menyamar sebagai anggota polis di sini, petang Rabu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata, lelaki itu ditahan kira-kira pukul 3 petang di Jalan Datuk Tahwil Azar bersama sepucuk pistol tiruan dan alat perhubungan walkie-talkie.

"Semasa kejadian, enam anggota polis yang sedang membuat rondaan di belakang sebuah hotel bertembung dengan suspek sebelum menahannya dan membuat pemeriksaan fizikal," katanya dalam kenyataan di sini, malam Khamis.

Beliau berkata, ketika ditahan suspek dari Tanjung Tualang, Batu Gajah itu turut memakai kemeja-T yang mempunyai logo polis. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 36 (1) Akta Senjata Api, kata Sum. - Bernama

Artikel Lain