suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemandu GrabCar Disamun Dua Penumpang

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Dua lelaki yang menaiki sebuah teksi 'GrabCar' menyamun pemandunya di Taman Sri Jelok, Kajang awal pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Othman Nanyan berkata kejadian berlaku kira-kira 1 pagi ketika pemandu berusia 27 tahun itu mengambil kedua-dua lelaki berkenaan di Ampang sebelum menghantar mereka ke satu kawasan di Kajang.

"Berlaku pergelutan antara mangsa dan kedua-dua lelaki itu. Akibat pergelutan itu pemandu tersebut cedera di muka dan kepala.

"Kedua-dua suspek bagaimanapun berjaya ditahan oleh orang ramai tidak jauh dari lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata kedua-dua suspek yang berusia 39 tahun kini direman untuk disiasat lanjut.

"Kedua-duanya mempunyai rekod jenayah lampau," katanya sambil menambah kes disiasat kerana menyebabkan kecederaan semasa menyamun. - BERNAMA

pemandu GrabCar, samun

Artikel Lain