suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Maut Kereta Bertembung Pacuan Empat Roda

KOTA TINGGI: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) di Kilometer 3, Jalan Tanjung Sedili-Sedili Kecil di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata dalam kejadian kira-kira 4.10 petang itu, Tey Teng Soon, 49, dari Segamat Baru, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Beliau berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang memandu berseorangan menghala ke Sedili Kecil dari Tanjung Balau telah memasuki haluan bertentangan sebelum bertembung dengan 4WD yang menghala ke Tanjung Balau dari arah Sedili Kecil.

Pemandu 4WD, Tan Wei Keong, 44, tidak cedera.

Artikel Berikut

Artikel Lain