suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PAS Belum Putus Sertai Bersih 5 - Tuan Ibrahim

Tuan Ibrahim Tuan Man.

PETALING JAYA: PAS masih belum membuat keputusan sama ada parti itu akan menyertai perhimpunan Bersih 5 yang bakal diadakan.

"Belum ada keputusan," demikian maklum balas Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada The Star Online menerusi pesanan teks pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sekiranya parti itu akan terlibat dengan demonstrasi jalanan pada Oktober depan.

Mengenai sama ada PAS menerima jemputan rasmi daripada Bersih, Tuan Ibrahim berkata: "Sehingga kini, tiada jemputan. Tiada perbincangan."

Pada Rabu, Bersih 2.0 mengesahkan ia akan mengadakan perhimpunan Bersih 5 selepas menerima lampu hijau bersyarat daripada pihak polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyatakan bahawa perhimpunan itu dibenarkan diadakan selagi penganjur mematuhi ketetapan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Setakat ini, tarikh dan lokasi perhimpunan masih belum ditetapkan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain