suria

Adun Ajil Dinasihat Letak Jawatan Exco

Ghazali Taib.

KEMAMAN: Ketua Penerangan Badan Perhubungan Umno Terengganu, Wan Abdul Hakim Tan Sri Wan Mokhtar menasihatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Ghazali Taib supaya meletakkan jawatannya sebagai exco negeri.

Wan Abdul Hakim mengakui ia akan menjadi langkah drastik di pihak Ghazali tetapi ia merupakan jalan terbaik bagi memastikan kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman berjalan lancar.

"Ghazali merupakan exco kerajaan negeri, dalam kumpulan utama bagi pembuat dan pelaksana dasar. Mengapa kritik kerajaan di bawah kepimpinan Ahmad Razif sebagai tidak berfungsi sedangkan beliau sendiri di dalam kerajaan?

"Ia bermakna beliau juga gagal. Beliau perlu menjelaskan apakah ia, yang tidak berfungsi kerana beliau berkata secara umum yang memang mengelirukan," katanya kepada pemberita pada Rabu malam.

Pada Rabu, Ghazali dilaporkan mengkritik kerajaan negeri dan kepimpinan Ahmad Razif menerusi media, mendedahkan terdapat dakwaan krisis dalaman kerajaan negeri. -Bernama

Artikel Berikut

Artikel Lain