suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Vaksin Tiruan Dilaporkan Dijual Di Negara Ini - Kementerian Kesihatan

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menyatakan pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai vaksin tiruan dijual di negara ini susulan kontroversi menyelubungi Indonesia selepas terbongkarnya sindiket vaksin tiruan di negara itu.

Ketika dihubungi Bernama di sini Rabu, Setiausaha Akhbar, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam,  K. Sivakumar mengesahkan tiada sebarang penjualan vaksin tiruan, dan menurutnya kementerian bekerjasama rapat dengan Kementerian Dalam Negeri memantau kegiatan haram itu daripada memasuki negara ini.

"Tiada sebarang penjualan vaksin tiruan di negara ini dan kami sentiasa memantau aliran ubat-ubatan dan vaksin ke negara ini," katanya ketika diminta mengulas bagi pihak kementerian mengenai sama ada pemeriksaan dilakukan untuk memantau penjualan vaksin tiruan susulan pendedahan skandal itu di Indonesia.

"Kami (di kementerian) masih belum menerima sebarang laporan mengenai penjualan vaksin tiruan di negara ini," katanya.

Media Indonesia baru-baru ini mendedahkan sindiket itu yang menjalankan perniagaan secara besar-besaran dengan vaksin tiruan itu dikendalikan oleh doktor dan jururawat dan dicampur dengan antibiotik, sebagai suntikan bagi  hepatitis C, hepatitis A, tetanus dan batuk untuk orang dewasa dan kanak-kanak. - Bernama

vaksin

Artikel Lain