suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Sebab Polis Tahan Ananda Krishnan - KPN

Khalid Abu Bakar.

SHAH ALAM: Polis tiada sebab untuk menahan tokoh telekomunikasi Tan Sri Ananda Krishnan dan seorang pegawai kanan syarikatnya berhubung kes pengubahan wang haram di India yang dilapor melibatkan seorang bekas menteri telekomunikasi negara itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya tidak boleh membuat sebarang tangkapan tanpa perintah daripada mahkamah negara ini.

"Kami tidak boleh bertindak ke atas waran tangkap kerana tiada perjanjian dari segi undang-undang dengan pihak polis India.

"Memandangkan kes ini berkaitan dengan saman sivil, mereka (India) perlu memohon kebenaran daripada mahkamah di negara ini terlebih dahulu sebelum tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, Selasa.

Beliau mengulas tindakan Biro Penyiasatan Pusat India (CBI) yang dilaporkan memohon supaya waran tangkap berkenaan dikeluarkan.

Menurut laporan media, CBI mengemukakan permohonan waran tangkap berkenaan  kepada mahkamah khas CBI berikutan saman gagal diserahkan kepada pihak yang dikaitkan dengan kes Aircel-Maxis. - Bernama

Artikel Lain