suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anwar Fail Saman Hentikan Akta MKN

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman untuk menghentikan operasi Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) atas alasan ia adalah tidak berperlembagaan.

Beliau menamakan kerajaan dan Majlis Keselamatan Negara sebagai responden dalam saman pemula yang difailkan di pejabat pendaftar sivil Mahkamah Tinggi pada Selasa.

Anwar, bekas Ketua Pembangkang itu kini menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat di Penjara Sungai Buloh.

Saman itu difailkan melalui peguamnya N Surendran, R. Sivarasa dan Latheefa Koya.

Anwar Ibrahim, MKN

Artikel Lain