DOJ: Kerajaan Tidak Perlu Campur Tangan - Azalina - Semasa | mStar

DOJ: Kerajaan Tidak Perlu Campur Tangan - Azalina

Azalina Othman Said.

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak perlu campur tangan dalam saman sivil antara Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dan empat defendan yang dinamakan dalam laporan itu, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.

Bercakap dalam sidang media di sini, menteri yang bertanggungjawab ke atas Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) itu berkata ia urusan peribadi antara kerajaan AS dan empat defendan yang dinamakan dalam laporan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Ia adalah suatu perkara yang kerajaan AS merujuk kepada badan perundangan tertentu dan merujuk kepada empat defendan tersebut.

"Saya melihatnya (laporan itu) dan mendapati tiada mana-mana kerajaan Malaysia di sana, jadi saya tidak fikir ia adalah relevan untuk kerajaan (Malaysia) terlibat secara langsung.

"Saya rasa ia berkaitan perkara sivil. Ia adalah satu urusan peribadi antara empat defendan dan kerajaan AS," katanya.

Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata kerajaan hanya akan terlibat sekiranya dinamakan sebagai defendan.

DOJ , 1MDB , Azalina Othman Said.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain