suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dzulkifli Mula Tugas Sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu Datuk Dzulkifli Ahmad disambut barisan pengurusan tertinggi SPRM yang diketuai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Datuk Seri Mohd Jamidan Abdullah, pagi Isnin. -fotoTHESTAR/MOHD SAHAR MISNI
PUTRAJAYA: Datuk Dzulkifli Ahmad pada Isnin memulakan tugas sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Beliau yang tiba tepat pada 8 pagi disambut barisan pengurusan tertinggi SPRM yang diketuai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Datuk Seri Mohd Jamidan Abdullah.

Hadir sama termasuk Pengarah Bahagian Keselamatan SPRM Datuk Alias Salim dan Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Azam Baki.
Beliau kemudiaannya mengetip kad perakam waktu sebelum masuk ke pejabat.

Dzulkifli, yang sebelum ini merupakan Pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara, Jabatan Peguam Negara, menggantikan Tan Sri Dr Abu Kassim Mohamed.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa pada Jumaat lepas mengumumkan pelantikan Dzulkifli sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu mulai 1 Ogos 2016 sehingga 31 Julai 2021.

Abu Kassim pula akan ditempatkan sebagai Pakar Perunding Integriti, Fakulti Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain