suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PKR Gembira DAP Sepakat Dalam Isu Pilihan Raya Mengejut

Tian Chua
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) amat berterima kasih dengan solidariti yang ditunjukkan oleh DAP apabila mengumumkan bahawa pilihan raya negeri tidak akan diadakan di Pulau Pinang, kata Tian Chua.

Naib presiden itu berkata, partinya telah menyampaikan pandangan mengenai cadangan pilihan raya mengejut kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, sambil menambah PKR 'amat berterima kasih di atas solidariti yang disuarakan oleh DAP'.

"Kami gembira apabila kami dapat sama-sama berdiri dalam isu ini.

"Dan ia juga menunjukkan bahawa pembangkang sentiasa bersatu dan berdiri bersama-sama dalam semua isu," kata Tian Chua kepada The Star Online, Ahad.

Sebelum itu, Guan Eng telah mengumumkan bahawa DAP tidak akan meneruskan cadangan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang selepas berunding dengan pemimpin-pemimpin parti dan kepimpinan negeri.

"Kami telah menyatakan bahawa DAP tidak akan membuat apa-apa keputusan secara sebelah pihak sebaliknya melalui persetujuan semua parti dalam Pakatan Harapan," kata Guan Eng pada sidang akhbar di pejabatnya di Komtar, Ahad.

Artikel Lain