suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mustafar Ikrar Teruskan Langkah Pencegahan Rasuah

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mustafar Ali berikrar meneruskan langkah-langkah pencegahan rasuah di mana-mana agensi penguatkuasaan beliau ditempatkan.

Beliau, yang akan ditempatkan sebagai Ketua Pengarah Imigresen mulai Isnin ini (1 Ogos), berkata ini adalah penempatan biasa dilakukan dari jabatan ke jabatan bagi memastikan kesinambungan pelan tindakan rasuah dapat diteruskan.

"Penempatan ini satu tindakan bagi memastikan usaha mencegah dan membasmi rasuah yang dilakukan di SPRM selama ini, dapat diteruskan di agensi penguatkuasaan lain," katanya ketika diminta mengulas mengenai penempatan beliau di Jabatan Imigresen.

Mustafar berkata demikian pada Majlis Paluan Berundur meraikan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull serta beliau di ibu pejabat SPRM di sini, Jumaat.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa mengumumkan Mustafar ditempatkan sebagai Ketua Pengarah Imigresen mulai 1 Ogos ini bagi menggantikan Datuk Seri Sakib Kusmi yang ditempatkan di Jabatan Perkhidmatan Awam.

Ditanya sama ada penempatan tersebut agak mengejutkan, beliau yang enggan mengulas perkara itu, bagaimanapun menegaskan bahawa penempatan itu hanyalah bagi meneruskan legasi pembasmian rasuah di Jabatan Imigresen.

"Penghijrahan merupakan satu pengorbanan, persaudaraan dan perjuangan.

Jadi, berhijrah adalah satu tindakan betul yang diambil," katanya, yang telah berkhidmat di SPRM selama 31 tahun.

Beliau dilantik sebagai Pegawai Siasatan pada 1985 dan memegang beberapa jawatan, antaranya Pegawai Pendakwa, Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Koordinasi Dasar serta Pengarah Siasatan SPRM sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi pada 2014.-- Bernama


Mustafar Ali, SPRM, Jabatan Imigresen

Artikel Lain