suria

Setiausaha Akhbar Najib, 1MDB Respons Kes Saman AS

PETALING JAYA: Setiausaha akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan 1Malaysia Development Berhad telah mengeluarkan kenyataan kepada kes saman yang sedang dijalankan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat untuk merampas lebih AS$1 bilion (RM4.03 juta) aset yang didakwa ada kaitan kepada dana pelaburan kerajaan.

Berikut adalah kenyataan mereka sepenuhnya:

________________________________________________________________________________________

Tindakan undang-undang sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat

kenyataan setiausaha akhbar Perdana Menteri

Pihak berkuasa Malaysia telah mendahului dalam siasatan 1MDB. Syarikat itu telah menjadi subjek beberapa siasatan dalam Malaysia, termasuk oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Selepas kajian menyeluruh, Peguam Negara mendapati tiada unsur jenayah dilakukan.

1MDB masih subjek siasatan oleh Polis Diraja Malaysia.

Kami menyedari mengenai tindakan undang-undang sivil terhadap pelbagai aset oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Kerajaan Malaysia akan bekerjasama sepenuhnya dengan apa-apa penyiasatan yang sah daripada syarikat-syarikat Malaysia atau rakyat mengikut protokol antarabangsa.

Seperti yang Perdana Menteri sentiasa tekankan, jika terbukti ada salah laku, undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian.

Datuk Seri Tengku Sharifuddin
Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri

_______________________________________________________________________________________


Kenyataan Media oleh 1Malaysia Development Berhad

Dikeluaran pada 21 Julai 2016

Untuk terbitan segera

Sidang Akhbar Peguam Negara AS

1MDB mengambil maklum mengenai sidang akhbar yang diketuai oleh Peguam Negara Amerika Syarikat berkaitan dengan tindakan mahkamah sivil yang difailkan oleh kerajaan Amerika Syarikat.

1MDB menekankan bahawa ia bukan satu pihak kepada saman sivil tersebut, tidak mempunyai apa-apa aset di Amerika Syarikat dan tidak mendapat manfaat daripada pelbagai transaksi yang dinyatakan dalam saman sivil itu.

Tambahan pula, 1MDB tidak dihubungi oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat atau mana-mana agensi asing lain yang berkaitan dengan siasatan mereka.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, 1MDB akan bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana kuasa asing yang sah, tertakluk kepada protokol antarabangsa yang mengawal perkara-perkara tersebut dan nasihat daripada pihak berkuasa yang sah dalam negara yang berkaitan.

1MDB

Artikel Berikut

Artikel Lain