Ancaman Daesh: Polis Perketat Kawalan Pintu Masuk KLIA, Klia2 - Semasa | mStar

Ancaman Daesh: Polis Perketat Kawalan Pintu Masuk KLIA, Klia2

KUALA LUMPUR: Pintu masuk utama di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa KL2 (klia2) terus diperketatkan sebagai langkah berwaspada dalam berdepan ancaman kumpulan militan Daesh, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata polis telah mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pengangkutan baru-baru ini bagi membincangkan beberapa cadangan mengenai kawalan keselamatan di lapangan terbang berkenaan.

"Kami kemukakan beberapa cadangan dan input (keselamatan) kepada kementerian bagi meningkatkan tahap kawalan keselamatan setiap penumpang dan pelancong yang berada di lapangan terbabit.

"Jadi, tidak perlu saya ulas lebih lanjut mengenai cadangan itu di sini. Biarlah Menteri Pengangkutan sendiri (Datuk Seri Liow Tiong Lai) yang mengumumkannya kemudian," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Cawangan Khas Bukit Aman di Mes Pegawai Kanan di sini, Isnin.

Pada Jumaat lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu kerajaan sedang mempertimbang cadangan untuk membenarkan hanya penumpang yang berada di dalam terminal di semua lapangan terbang utama di Malaysia sebagai langkah meningkatkan tahap keselamatan.

Menurutnya Kabinet pada mesyuarat Rabu lepas telah mencadangkan hanya penumpang sahaja dibenarkan berada di kaunter masuk manakala anggota keluarga yang mengiringi mereka perlu berada di luar bangunan atau di tempat tertentu.

Selain itu, Kabinet mengarah Kementerian Pengangkutan mencari mekanisme supaya kenderaan yang menghantar atau menunggu penumpang tidak diletakkan berhampiran terminal. - BERNAMA

Daesh , Khalid Abu Bakar , KLIA , klia2

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Teluk Bahang Dilanda Banjir

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain

BN kekalkan kerusi Parlimen Kimanis