suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

12 Tengah Hari: Trafik Bergerak Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Utama

- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan mula bergerak perlahan pada pukul 12 tengah hari ini berikutan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya kerana sambutan Aidilfitri.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik perlahan di Port Dickson ke Hentian Rehat dan Rawat Senawang, Senai menuju ke Sedenak, Karak menuju ke Plaza Tol Gombak dan Plaza Tol Kuala Terengganu ke arah Kuala Terengganu.

Sementara itu Jurucakap Plus Malaysia Berhad berkata trafik perlahan di Jelapang menuju ke Terowong Menora, Slim River ke Sungkai dan Lembah Beringin ke Tanjung Malim.

"Trafik juga perlahan sepanjang 11 kilometer di Sungai Petani Selatan menuju ke Sungai Petani Utara berikutan berlaku kemalangan di KM 105.2, " katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Khamis.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

trafik, PLus, LLM

Artikel Berikut

Artikel Lain