suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suspek Kelapan Kes Bunuh Bill Kayong Diberkas

Bill Kayong
MIRI: Pasukan petugas khas polis memberkas suspek kelapan berkaitan siasatan kes Setiausaha Cabang PKR Miri Bill Kayong yang ditembak mati di persimpangan jalan di Lutong, 21 Jun lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dev Kumar M.M. Sree Shunmugam berkata suspek lelaki berusia 28 tahun itu ditangkap pada pukul 10.30 malam Rabu di sebuah pusat hiburan di Piasau Utara 1, di sini.

"Pasukan petugas percaya suspek ini dapat memberikan lebih banyak maklumat mengenai pembunuhan itu, dia akan dibawa ke Mahkamah Majistret Miri tengah hari ini untuk direman, kata Dev Kumar dalam satu kenyataan di sini Khamis.

Beliau berkata sejak pasukan petugas itu dibentuk selepas kes pembunuhan itu, lapan suspek ditahan setakat ini dengan tujuh suspek masih dalam tahanan termasuk yang ditahan malam tadi.

Seorang daripada lapan suspek itu telah dibebaskan selepas permohonan untuk tahanan remannya ditolak oleh Mahkamah Majistret Miri.

Beliau berkata pasukan penyiasat itu akan memohon lanjutan tahanan reman bagi enam suspek yang diberkas pada awalnya kerana siasatan masih belum lagi selesai.

Artikel Lain