MKN Sabah Hantar Pulang 490 Pati Warga Filipina - Semasa | mStar

MKN Sabah Hantar Pulang 490 Pati Warga Filipina

Anggota Imigresen menjalankan operasi membenteras Pati di Bandar Baru Kampar, Ipoh, Perak awal pagi Isnin.
- Gambar hiasan
SANDAKAN: Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah menghantar pulang seramai 490 Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) warganegara Filipina melalui Pelabuhan Sandakan ke Zamboanga, Filipina, Selasa.

Setiausaha MKN Sabah Rodzi Md Saad yang menyaksikan sendiri penghantaran pulang Pati itu berkata daripada jumlah itu, 309 adalah lelaki, 141 perempuan  dan 40 lagi adalah kanak-kanak yang berusia antara sebulan hingga 61 tahun.

Katanya ini menjadikan jumlah Pati yang telah dihantar pulang ke negara asal mereka sejak 1 Januari lepas sehingga semalam berjumlah 13,145 orang iaitu 10,761 Filipina, 2,289 (Indonesia) dan 95 orang lain-lain warganegara.

"Penghantaran pulang Pati warganegara Filipina pada malam ini membolehkan mereka yang beragama Islam dapat menyambut Hari Raya Aidil Fitri di kampung mereka," katanya ketika ditemui pemberita di Pelabuhan Sandakan.

Proses penghantaran Pati berkenaan bermula pukul 9 malam dengan menaiki feri dan mengambil masa 22 jam untuk sampai ke Zambonga.

Beliau berkata jumlah keseluruhan Pati yang telah diusir balik ke negara asal mereka sejak 1990 hingga semalam berjumlah 543,086 orang.

Menurutnya jumlah Pati yang masih ditahan di empat Pusat Tahanan Sementara (PTS) di negeri ini ialah 4,989 orang iaitu 1,666 (PTS Kota Kinabalu), 1,353 (PTS Papar), 1,049 (PTS Sibuga Sandakan) dan 921 (PTS Tawau).

Beliau berkata penghantaran pulang semua Pati yang ditahan di PTS dilaksanakan secara berterusan melalui pelabuhan Sandakan dan Tawau dengan kekerapan dua kali seminggu.

"Jika terdapat keperluan penghantaran pulang Pati dengan segera, penghantaran akan dilaksanakan serta merta tanpa tertakluk kepada jadual yang dinyatakan," katanya.

Rodzi juga meminta masyarakat di negeri ini tidak melindungi PATI dan melaporkan kehadiran Pati di tempat mereka kepada pihak berkuasa supaya tindakan dapat dilakukan.

Pati , pelabuhan Sandakan , MKN Sabah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?