suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Maut, Seorang Cedera Dalam Kemalangan

BINTULU: Dua maut dan seorang cedera apabila sebuah kereta Proton Wira berlanggar dengan sebuah lori treler di Jalan Tatau-Bintulu, berhampiran Rumah Empaling di sini awal pagi Ahad.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, dua yang maut adalah pemandu dan penumpang kereta Proton Wira dikenali sebagai Bail Anak Unyah, 26, dan Alexander Tagar, 25, kedua-duanya dari Rumah Taga Sungai Upie Sebauh, Bintulu.

Jurucakap itu berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.31 pagi  dan segera mengerahkan pasukannya dari Balai Bomba dan Penyelamat Tatau ke tempat kemalangan.

"Setiba di tempat kemalangan didapati dua mangsa (pemandu dan penumpang kereta) telah meninggal dunia, manakala pemandu lori treler mengalami kecederaan," katanya.

Katanya, anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Maut

Artikel Lain