suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Plus Tawar Rebat 30 Peratus Sempena Aidilfitri

KUALA LUMPUR: Sempena Aidilfitri yang bakal menjelang, Plus Malaysia Berhad (Plus) menawarkan rebat tol 30 peratus kepada pengguna rangkaian lebuh raya kendaliannya yang membayar tol secara elektronik.

Tawaran itu bagi pengguna kad PLUSMiles, Touch n Go atau SmartTAG.

Pengarah Urusan Plus Datuk Noorizah Abd Hamid berkata rebat tol tersebut ditawarkan kepada pengguna kenderaan kelas 1 yang berbuat demikian pada hari-hari bukan puncak iaitu 4, 8 dan 11 Julai yang melibatkan perjalanan melebihi 100 kilometer.

Noorizah dalam kenyataan pada Khamis berkata pengguna masih perlu membuat bayaran tol seperti biasa tetapi rebat tol 30 peratus tersebut boleh ditebus dalam bentuk tambah nilai antara 15 Ogos dan 14 November di semua pusat khidmat pelanggan lebuh raya Plus.

Katanya Plus juga menyediakan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) sebagai langkah membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lebih selesa pada musim perayaan.

Plus, rebat tol, TTA

Artikel Lain