suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak Setahun Maut Dalam Kemalangan

Gambar hiasan

KUALA SELANGOR: Seorang kanak-kanak lelaki berumur setahun, maut selepas van jenis Nissan Vanette yang dinaiki bersama keluarganya berlanggar dengan sebuah kereta, yang keluar dari simpang jalan ,dalam kejadian di KM 7, Jalan Kuala Selangor - Kuala Lumpur awal pagi Khamis.

Muhammad Firas Rayyan Mikail Abdullah meninggal dunia di tempat kejadian sementara pemandu dan dua lagi penumpang van terbabit yang hanya dikenali sebagai Fairuz, 35, (pemandu), Asmara, 58,, dan Daniel, 10, cedera parah.

Seorang lagi penumpang van yang dikenali sebagai Fira, 26, cedera ringan manakala dua lagi penumpang kenderaan terbabit yang dikenali sebagai Fatimah, 58, dan Haziq, 12, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pemandu kereta jenis Honda Jazz yang hanya dikenali sebagai Julias, 34,  dan seorang lagi penumpang kereta yang tidak diketahui identiti, cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt Ruslan Abdullah berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 2 pagi tadi selepas van yang dinaiki mangsa dari arah Kuala Lumpur menghala Kuala Selangor melanggar bahagian hadapan sebelah kiri kereta terbabit yang keluar simpang dari arah kanan Jalan Teluk Piah Kanan.

"Akibat daripada perlanggaran tersebut, van terbabit terbabas ke bahu jalan menyebabkan kanak-kanak lelaki berusia setahun itu tercampak keluar daripada kenderaan itu," katanya di sini.

Ruslan berkata kesemua pemandu dan penumpang van berkenaan dihantar ke Hospital Sungai Buloh sementara pemandu dan penumpang kereta terbabit dirawat di Hospital Tanjong Karang.

Kuala Selangor

Artikel Lain