suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Juruteknik Didakwa Rogol Gadis 13 Tahun

KUALA LUMPUR: Seorang juruteknik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap pertuduhan merogol gadis berusia 13 tahun yang juga adik teman wanitanya pada Mei lepas. 

Muhammad Syahir Naim Ramli, 20, didakwa merogol pelajar sekolah agama itu didalam bilik di sebuah rumah di Jalan 9/56, Ulu Klang di sini pada 12.30 malam, 15 Mei lepas. 

Lelaki itu, yang tidak diwakili peguam, dituduh mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat tidak kurang 10 sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd Radzi tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin.  

Hakim Datin M. Kunasundary menetapkan 25 Julai untuk sebutan semula kes.  -Bernama

Juruteknik, Rogol, 13 Tahun

Artikel Lain