suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budiman Dendang Lagu Raya

BAKAT nyanyian yang dimiliki Ahli Parlimen Sungai Besar yang baharu dipilih, Budiman Mohd Zohdi sudah tidak asing di kalangan penduduk setempat.

Namun siapa sangka beliau yang gemar berkaraoke dan boleh menyanyi dengan iringan live band , selain pernah membuat rakaman studio sebuah lagu raya berjudul Bersabarlah Sayang.

Walaupun lagu dendangan asal Sanisah Huri itu dirakamkan dan dimuat naik di akaun Youtube Budiman sendiri pada Julai tahun lalu, ia kembali dikongsi dan menjadi bualan pengguna Facebook menjelang sambutan Aidilfitri ini.

Video muzik berdurasi 2 minit 21 saat itu turut diserikan dengan penampilan khas gitaris terkenal, Awang BPR.

Budiman melakar sejarah buat dirinya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang itu apabila memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar dengan majoriti besar 9,191 undi dalam pertandingan tiga penjuru pada 18 Jun lalu.

Artikel Lain