suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guna Nama LCCT2 Satu Kesalahan - MAHB

PUTRAJAYA: Penggunaan nama lain menggantikan jenama rasmi, klia2 adalah satu kesalahan kerana menyalahi undang-undang penerbangan, kata Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Datuk Badlisham Ghazali.

Beliau berkata kempen yang dijalankan oleh syarikat tambang rendah AirAsia untuk menjenamakan klia2 sebagai LCCT2 menyalahi peraturan di bawah Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

"Kita tidak boleh sesuka hati menamakan terminal, ia telah didaftarkan dan kerajaan yang menamakannya sebagai klia2, bukan MAHB," katanya kepada media selepas menemani 108 anak-anak asnaf di sekitar Sepang membeli-belah keperluan raya di pusat beli-belah Alamanda, di sini Selasa.

"Bagaimanapun, kita tidak boleh menghalang mereka untuk menyebutnya sebagai LCCT2, itu adalah kebebasan bersuara, tetapi tidak boleh meletakkannya di tiket dan papan kaunter mereka," katanya.

Mengenai rungutan kerosakan yang terdapat pada landasan dan kebocoran di klia2, Badlisham mengakui masih menghadapi masalah itu sehingga ke hari ini.

"Tetapi jika dibandingkan pada masa-masa lalu, kerosakan itu semakin berkurangan dan kami masih melakukan kerja pemulihan secara berterusan," katanya.

Mengenai pelan pembangunan klia2, katanya pembinaannya dibuat hasil daripada perbincangan bersama pihak berkepentingan termasuk AirAsia sama seperti pembinaan Terminal Penerbangan Tambah Rendah (LCCT) dahulu.

"Lapangan Changi, Singapura dan Don Muaeng, Bangkok juga mempunyai terminal tambang murah, tetapi mereka tidak panggil terminal tambang murah. Mereka gelar terminal 1, 2 dan 3," katanya. - BERNAMA

klia2, MAHB, LCCT2

Artikel Berikut

Artikel Lain