suria

607 Anggota Polis Dipecat Sejak 2013

KUALA LUMPUR: Seramai 607 anggota polis dipecat manakala 240 lagi digantung atas kesalahan seperti mengelak tugas, menerima rasuah dan salah laku.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata seramai 284 dipecat mengikut Seksyen 4 (2) (g) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) kerana mengelak tugas.

"Tahun ini, 25 anggota dipecat manakala beberapa lagi turut dibuang kerja kerana melanggar perintah," katanya.

Jalaluddin berkata 38 pegawai kanan disiasat manakala 302 anggota lain disiasat kerana kesalahan berkaitan dadah, jenayah, rasuah dan salah laku.

"Antara tahun 2013 dan bulan lalu, seramai 257 anggota disabitkan bersalah," katanya.

Menurut Jalaluddin tidak hanya mengumpul maklumat salah laku anggotanya daripada orang ramai tetapi juga dari organisasi dan agensi bukan kerajaan dalam usaha untuk membuang 'epal busuk' di dalam jabatan itu.

Beliau berkata jabatan itu menjalin kerjasama rapat dengan agensi termasuk Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Antara Julai 2014 dan Februari lalu, JIPS menerima 677 laporan daripada lapan agensi mengenai salah laku anggota polis.

"Daripada jumlah itu, 409 laporan diterima menerusi SPRM," katanya.
PDRM, dipecat

Artikel Berikut

Artikel Lain