suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sultan Johor Stabil - MB

JOHOR BARU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, kerana jangkitan virus dan gastritis.

"Saya ada melawat Sultan selepas dimaklumkan mengenainya," jelas Menteri Besar, Datuk Mohamed Khaled Nordin kepada pemberita sambil menambah baginda berada dalam keadaan stabil dan akan dibenarkan pulang tidak lama lagi.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi Sultan Johor pada petang Sabtu, Sultan Ibrahim dimasukkan ke Wad Diraja HSA atas nasihat doktor.

Sehingga kini kenyataan tersebut telah menerima lebih 12,000 like serta lebih 2,400 komen dan sekurang-kurangnya 1,700 yang berkongsi di Facebook.

Seluruh rakyat Johor serta netizen berdoa dan berharap Sultan Johor cepat sembuh.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim

Artikel Lain