suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Dollah Kok Lanas

Allahyarham Tan Sri Abdullah Ahmad.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad mengucapkan takziah kepada keluarga Tan Sri Abdullah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Dollah Kok Lanas yang meninggal dunia pada Ahad.

Abdullah, 83, merupakan bekas Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein, iaitu ayahanda Najib.

"Saya terima berita sedih bahawa Tan Sri Abdullah Ahmad, atau lebih mesra Dollah Kok Lanas, telah pulang ke rahmatullah. 

"Allahyarham amat rapat dengan arwah ayahanda Tun Razak dan keluarga saya. Takziah kepada keluarga Allahyarham, semoga roh dirahmati Allah SWT. Al-Fatihah," kata perdana menteri dalam catatan di laman Facebook.

Abdullah meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini pada 1.15 tengah hari Ahad dipercayai akibat kanser.

Allahyarham meninggalkan isteri, Puan Sri Fauziah Mohamed Darus dan tiga orang anak iaitu dua lelaki, Addha Amir, 47; dan Fuad, 42; serta seorang anak perempuan Didi, 45.

Abdullah Ahmad, Dollah Kok Lanas

Artikel Lain