suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PAS Melampaui Batas, DAP Perlu Keluar Dari Selangor - MCA

PETALING JAYA: Tindakan DAP yang berdiam diri berhubung  pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menimbulkan tanda tanya.

Ahli Jawatankuasa Pusat MCA Datuk Chew Kok Woh berkata DAP telah bertindak pelik apabila mengguna pakai pendirian 'senyap'.

"Mungkin, DAP dalam suasana bersalah. Lagipun, mereka secara aktif menyokong pengundi Cina untuk menyokong PAS sepanjang pilihan raya umum (PRU) 2013.

"DAP kata PAS tidak akan memaksa pelaksanaan hukum hudud dan malah menganjurkan lawatan ke Kelantan untuk menunjukkan bahawa kononnya negeri itu syurga?"

Chew, yang juga ketua MCA Sabah, berkata walaupun mendakwa putus hubungan dengan PAS, exco DAP dalam kerajaan Pulau Pinang dan Selangor masih menghadiri mesyuarat dengan mereka setiap hari.

Pemimpin DAP di Selangor, katanya, perlu keluar daripada kerajaan negeri jika PKR dan PAS sama-sama menyokong usul itu ketika undian.

Turut bersetuju dengan sentimen beliau adalah Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker yang berkata, tiga Exco DAP Selangor perlu menuntut penyingkiran empat anggota exco PAS dalam pentadbiran negeri.

"DAP mesti cermin diri dan bertanya kepada diri sendiri mengapa mereka masih berkongsi kerajaan negeri bersama dengan PAS dan PKR," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain