suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shareen Shariza Dilantik CEO Baharu TalentCorp

Shareen Shariza Abdul Ghani.

KUALA LUMPUR: Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) telah melantik Ketua Pegawai Operasi Shareen Shariza Abdul Ghani sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu, berkuatkuasa pada Rabu.

Shareen menggantikan Johan Mahmood Merican, yang mengakhiri tugasnya pada 30 April 2016, selepas menjadi CEO selama lebih lima tahun, kata TalentCorp dalam  satu kenyataan di sini Selasa.

Johan akan berpindah ke Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, untuk menjadi Timbalan Ketua Pengarah, yang mana portfolio tugasnya melibatkan modal insan.

TalenCorp telah ditubuhkan pada 1 Januari 2011 di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk merangka dan memudahkan usaha bagi menangani keperluan bakat yang sejajar dengan kehendak transformasi ekonomi negara. - BERNAMA

Artikel Lain