Ahmad Zahid, Abe Bincang Isu Keganasan, Keselamatan Serantau - Semasa | mStar

Ahmad Zahid, Abe Bincang Isu Keganasan, Keselamatan Serantau

Ahmad Zahid (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Abe ketika mengadakan pertemuan ringkas di Pejabat Perdana Menteri itu di Nagatacho pada Selasa. - fotoBERNAMA

TOKYO: Isu keganasan, keselamatan serantau dan  komitmen Jepun dalam pelaksanaan Dasar Pandang ke Timur 2.0 adalah antara perkara yang dibincangkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe di sini pada Selasa.

Ia dibangkitkan semasa kunjungan hormat Ahmad Zahid ke atas Abe di pejabat pemimpin Jepun itu, yang merupakan antara aturcara lawatan kerja lima hari beliau ke negara Matahari Terbit itu sejak Ahad lepas.

Ahmad Zahid berkata dalam pertemuan itu, perbincangan mereka berkisar kepada perkara berkaitan antikeganasan dan serangan siber serta keperluan mengawal keselamatan dalam penganjuran acara besar seperti Sukan Olimpik.

"Perkara sebegini tidak dapat dijangka dari awal melainkan kesiapsiagaan  dilakukan. Perdana Menteri Abe merasakan Malaysia boleh memberikan kerjasama kerana soal aset dan peralatan sahaja tidak cukup untuk menangani permasalahan ini.

"Kita bersetuju memanjangkan kerjasama bukan hanya dengan pertukaran pegawai, malah perlu mengemas kini beberapa maklumat yang boleh juga digunakan oleh negara lain," katanya. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain