suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zakat Fitrah Di Kedah Kekal RM7 Seorang

Gambar hiasan

ALOR SETAR: Kadar zakat fitrah di Kedah tahun ini kekal sebanyak RM7 seorang seperti yang dikenakan tiga tahun lepas, kata Setiausaha Jawatankuasa Jabatan Zakat Negeri, Datuk Syeikh Ghazali Yaacob.

Beliau berkata lebih 3,000 amil dilantik dengan kaunter zakat disediakan di 541 buah masjid serta kawasan tumpuan ramai.

Pembayaran turut boleh dilakukan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan perbankan Internet terpilih, katanya.

Syeikh Ghazali berkata Jabatan Zakat Negeri Kedah menyasar kutipan zakat fitrah sebanyak RM9 juta tahun ini berbanding RM8 juta tahun lepas.

Bagi pungutan keseluruhan jenis zakat, kira-kira RM140 juta berjaya dikutip tahun lalu berbanding RM127 juta pada tahun 2014, katanya.

Zakat, Ramadan

Artikel Lain