suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

15 Penduduk Tasek Gelugor Dihantar Ke Hospital Kerana Terdedah Merkuri

TASEK GELUGOR: Seramai 15 penduduk di Jalan Padang Menora, Kampung Baru di sini dihantar ke hospital untuk pemeriksaan kerana dikhuatiri terdedah kepada cecair merkuri pada Sabtu.

Penolong Kanan Penguasa Bomba Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas, Abdul Aziz Yusuff berkata kesemua lima buah rumah penduduk itu juga telah dikosongkan kerana bahan tersebut turut tumpah di rumah mereka.

Pihak bomba melakukan pembersihan di rumah-rumah berkenaan pagi tadi, katanya.

Beliau berkata penduduk memberitahu bahan itu dibawa balik oleh anak-anak mereka yang menjumpainya tidak jauh dari kawasan rumah mereka.

Pihak bomba masih menyiasat punca bahan itu ditemui, kata Abdul Aziz. 

Seorang penduduk Mohd Fadzil Awang, 49, berkata anaknya memberitahu dia dan kawan-kawannya menjumpai cecair tersebut tidak jauh dari kawasan rumah mereka.

Pada Khamis lalu, seramai 56 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu, Bukit Mertajam turut dikuarantin selepas berlaku tumpahan merkuri di kelas mereka.

Artikel Lain