suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

EGM MIC Dicemari Kekecohan

Penyokong G Palanivel membuat kekecohan di luar dewan mesyuarat EGM MIC.

SUBANG: Penyokong bekas presiden MIC, Datuk Seri G.Palanivel cuba untuk menyertai Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) parti itu yang diadakan pada Ahad.

Pada tengah hari, Bekas Bendahari Agung MIC, Datuk R.Ramanan dilihat berunding dengan pihak polis agar dibenarkan menyertai EGM itu untuk menyuarakan pendapat tentang mengapa beliau percaya mesyuarat tersebut menyalahi undang-undang.

Rata-rata penyokong Palanivel berkumpul di luar dewan utama, pusat membeli-belahOne City Mall, USJ 25, Subang, lokasi berlangsungnya mesyuarat tersebut bagi menuntut untuk dibenarkan masuk.

Berlaku sedikit kekecohan tetapi polis berjaya menenangkan keadaan.


MIC, G Palanivel, EGM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain