suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

44 Kereta Dalam Bengkel Terbakar

SEREMBAN: Sebanyak 44 buah kereta musnah dalam kebakaran sebuah bengkel di sini tengah malam Sabtu.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Badroltamam Abd Aziz berkata pihaknya menerima panggilan jam 12.45 tengah malam dan tiba dilokasi kejadian 39 minit kemudian.

Katanya seramai 11 anggota bersama tiga jentera bergegas ke lokasi kejadian yang berlaku di Kampung Ribu, Kuala Sawah.

"Sebaik tiba dilokasi kebanyakan kereta yang diletakkan di perkarangan bengkel itu sudah pun terbakar. Pada awalnya kami menjangkakan hanya belasan kenderaan sahaja terbakar.

"Namun selepas api berjaya dipadamkan sepenuhnya iaitu sejam kemudian (2.06 pagi), kami mendapati jumlah kenderaan yang musnah semakin bertambah iaitu sebanyak 44 kereta," katanya ketika dihubungi.

Badroltamam berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca danjumlah kerugian masih dalam siasatan.

Seremban, Bengkel

Artikel Sebelum

Artikel Lain