suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jambatan Ketiga: P.Pinang Hantar Surat Kepada Fadillah Minggu Depan

Lim Guan Eng
GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang akan menghantar surat rasmi kepada kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan kelulusan pembinaan jambatan ketiga, dari Persiaran Gurney di pulau itu ke Bagan Ajam di tanah besar, minggu depan.

Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam satu kenyataan pada Ahad berkata surat itu dialamatkan kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berhubung pembinaan jambatan bebas tol.

Guan Eng, semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jumaat telah berkata bahawa projek itu sukar untuk mendapat kelulusan kerajaan Persekutuan kerana janji tiga perdana menteri untuk membina LRT di Pulau Pinang masih tidak dilaksanakan.

Guan Eng juga mendakwa kerajaan Persekutuan enggan memberikan jawapan kepada banyak surat kepada kerajaan negeri untuk membenarkan Pulau Pinang membina LRT dengan perbelanjaan sendiri sekiranya kerajaan Persekutuan enggan melaksanakan projek tersebut.

"Apabila tiada jawapan daripada kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri tidak mempunyai pilihan melainkan melantik seorang Rakan Penyampaian Projek (PDP) bagi Pelan Induk Pengangkutan Awam bernilai RM27 bilion melalui tender terbuka," katanya.

Artikel Lain