suria

Zahid: Kerajaan Pastikan Projek Pengangkutan Lancar

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengakui akan ada kelewatan minimum dalam usaha untuk melakukan transformasi sistem pengangkutan awam berikutan kekurangan pekerja asing.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk menambah baik sistem pengangkutan awam dan kerajaan sedang memperhalusi proses pengambilan pekerja asing berasaskan kepada permintaan industri.

"Walaupun sudah ada hampir dua juta pekerja asing yang sah di negara ini, majikan masih menghadapi kekurangan.

"Di pihak kerajaan, kami komited untuk memastikan segala perancangan berjalan lancar dan tidak ada projek-projek yang tertangguh, tetapi jika ada kelewatan tidak dapat dielakkan, ia sangat minimum," katanya di sini.

Pada Khamis lalu Kabinet menarik balik pembekuan pengambilan pekerja asing bagi empat sektor.

Keputusan itu dibuat berdasarkan rayuan daripada sektor pembuatan, pembinaan, perladangan dan industri-industri pembuatan perabot yang menghadapi kekurangan utama pekerja.

The Star melaporkan baru-baru ini kajian yang dijalankan oleh Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia menunjukkan bahawa 84 peratus daripada pengeluar menghadapi kekurangan tenaga kerja, dengan separuh daripada mereka mendakwa bahawa mereka tidak mampu untuk memenuhi pesanan yang sedia ada.

Artikel Lain