suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Dipenjara Sehari Kerana Curi Beg

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM600, atau penjara enam hari kerana mencuri barangan daripada kedai RipCurl di sini.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menjatuhi hukuman itu terhadap Che Sohfian Che Soh, 27, selepas dia mengaku bersalah mencuri dua beg dan sebuah dompet bernilai RM277 sekitar 12.45 malam pada 16 Mei di Pasaraya Parkson, di Nu Sentral, di sini.

Che Sohfian didakwa mengikuti Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 10 tahun dan denda.

Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
kes curi, curi beg

Artikel Lain