suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tembak Penjenayah: Kenyataan Bung Moktar Dipengaruhi Duterte

KUALA LUMPUR: Cadangan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin untuk menembak penjenayah mungkin telah dipengaruhi oleh pendirian Presiden Filipina, Rodrigo Duterte.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai hak asasi manusia.

"Kita tidak tembak orang.

"Ini adalah pengaruh Presiden Filipina yang baharu, mempengaruhi semua orang untuk menembak," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Nur Jazlan berkata Malaysia mempunyai undang-undang sendiri dan menegaskan bahawa mereka yang didapati bersalah kerana melakukan jenayah akan menghabiskan masa mereka di penjara.

Pada Isnin Bung Moktar mencadangkan kepada Parlimen supaya penagih dan pengedar dadah ditembak.

Cadangannya adalah sama dengan Duterte ketika berkempen dalam pilihan raya apabila beliau mahu menembak penjenayah untuk mengurangkan kadar jenayah.

Artikel Lain