suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adun BN Mahu Notis 'Tiada Babi' Diharamkan

GEORGE TOWN: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menggesa supaya papan tanda 'tiada daging babi' di kedai makan diharamkan bagi mengelak umat Islam dan pelancong terkeliru.

Shariful Azhar Othman (BN-Bertam) berkata hanya papan tanda halal atau tidak halal harus dipamerkan.

"Malaysia adalah syurga membeli-belah dan telah menarik ramai pelancong. Mereka mungkin keliru dengan papan tanda 'tiada daging babi' di restoran dan kedai-kedai makan.

"Majlis Agama Islam juga perlu memeriksa di premis makanan untuk melihat sama ada ayam atau itik yang dijual adalah 100 peratus halal.

"Jika tidak ada pengawasan, maka saya meminta papan tanda 'tiada daging babi' diharamkan di premis makanan," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri, Selasa.

Sementara itu A. Tanasekharan (DAP-Bagan Dalam) kemudian mencelah dengan mendakwa bahawa papan tanda 'tiada daging babi' bermakna tidak ada daging babi disediakan tetapi ini tidak bermakna bahawa ia adalah 'halal'.

"Bagaimana ia boleh mengelirukan?" Soal beliau.

Shariful sebelum ini telah mempersoalkan tentang penternakan anjing berhampiran kejiranan Melayu di Jalan Datuk Haji Ahmad Badawi di Kepala Batas.

"Tempat ini juga merupakan kawasan yang sering dilanda banjir. Jika ia adalah untuk tujuan komersial, bolehkah ia dipindahkan?" soal beliau.

Chow Kon Yeow (DAP-Padang Kota) menjelaskan bahawa Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) telah menjalankan pemeriksaan berkala di premis dan mendapati ia bersih.

"Bagaimanapun kami mengeluarkan pemilik premis itu notis selepas kami mendapati terdapat najis di dalam longkang di bahagian luar.

"Pemilik bersetuju untuk mengambil tindakan yang sewajarnya," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain