suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemuda Sri Lanka Ditahan Guna Pasport Palsu Malaysia

- Gambar hiasan
BANGKOK: Seorang lelaki warga Sri Lanka ditahan oleh Biro Imigresen Thailand di Lapangan Terbang Chiangmai kerana menggunakan pasport palsu Malaysia untuk ke Hong Kong dan kemudian ke Zurich.

Dalam kenyataan pada Isnin, biro itu berkata pemuda berusia 22 tahun itu ditahan pada pukul 5 petang, Sabtu lepas, sebelum dia menaiki pesawat ke luar negara.

"Hasil siasatan mendapati pasport asal itu milik seorang wanita warga Malaysia," kata biro itu.

Ia berkata pihak berkuasa akan menyiasat sama ada lelaki itu terbabit dalam sindiket pemalsuan pasport.
pasport Malaysia, tipu pasport

Artikel Lain