suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rakyat Malaysia Maut Ditembak Di Hatyai

Anggota polis melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian.

ALOR SETAR: Seorang lelaki rakyat Malaysia berusia 28 tahun mati ditembak di sebuah hotel di Hatyai, Thailand.

Laporan media negara jiran menyebut, mayat anak kelahiran Pulau Pinang itu, Mohd Nizam Ahmad Basrah ditemui di Jalan Phadungpakdee, Hatyai oleh penduduk tempatan pada kira-kira pukul 3.30 pagi (waktu tempatan), Ahad.

Timbalan Ketua Polis Hatyai, Kolonel Khittichai Sankhathavorn berkata, lelaki itu ditembak ketika menunggang motosikal ke hotel penginapannya.

"Dia ditembak di dada dan punggung. Kami menemui kelongsong peluru 9milimeter di tempat kejadian.

"Mayatnya telah dibawa ke Hospital Hatyai untuk memastikan jumlah tembakan yang mengenainya," katanya pada sidang media.

Beliau berkata, polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup yang diperoleh daripada beberapa premis dengan harapan dapat mengenal pasti penjenayah terlibat.

Selain itu, katanya, pihaknya juga sedang menyiasat bagi mengetahui pemilik motosikal yang digunakan mangsa.


Hatyai, Jalan Phadungpakdee

Artikel Lain