suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan Tidak Perlu Beri Sebab Sekat Maria Ke Luar Negara

Datuk Nur Jazlan Mohamed
KUALA LUMPUR: Arahan untuk menghalang Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah daripada meninggalkan negara ini adalah dibawah kuasa Akta Imigresen, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau berkata di bawah akta tersebut, Kementerian Dalam Negeri tidak perlu memberi sebarang sebab menyekat sesiapa sahaja daripada meninggalkan negara ini.

"Arahan adalah bahawa dia tidak boleh meninggalkan negara ini. Kami tidak perlu memberikan sebab. Saya hanya berkata daripada tafsiran undang-undang," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, Isnin.

Walau bagaimanapun, Maria boleh merayu kepada Jabatan Imigresen untuk mengetahui sebab dia telah dihalang daripada meninggalkan negara ini, kata Nur Jazlan.

Malam Ahad, Maria tidak dibenarkan melepasi kaunter imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika mahu berlepas ke Korea Selatan.

Artikel Lain