suria

Warga Emas Mangsa Nahas Kereta Terjatuh Dalam Lubang Meninggal Dunia

Yong Chee Seng.

PETALING JAYA: Warga emas yang kereta dinaikinya terbabas dan terjatuh ke dalam lubang pembentungan selama 15 meter di Jalan Universiti di sini meninggal dunia pada pagi Ahad.

Yong Chee Seng, 86, menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selama hampir dua minggu selepas insiden itu.

Seorang ahli Gereja Methodist Trinity di sini, Yong amat dikenali di kalangan pengamal pendidikan kerana beliau merupakan pengetua Sekolah Menengah Methodist Lelaki Kuala Lumpur (MBSSKL) pada 1979-1985.

Beliau memulakan kariernya sebagai guru di Sekolah Methodist Inggeris di Tanjung Malim, Perak pada 1950.

Yong bersara sebagai setiausaha pendidikan Lembaga Pendidikan Methodist pada 1995.

Pada 3 Mei, kereta yang dinaiki Yong dan pembantunya Marivl Palquing Estoea, 30, terjunam ke dalam korekan terbuka di Jalan Universiti, Petaling Jaya yang terlibat dalam kerja penyelenggaraan.

Kedua-dua mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk mendapatkan rawatan.


warga emas, maut, lubang pembentungan

Artikel Lain